Encik Nuffnang

July 25, 2012

Kulit Berjerawat? - Macam mana nak hilangkan?!

Assalamualaikum. Salam Ramadhan. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan cemerlang. Rasa syukur juga bekerja sebagai konsultant ni. Tak perlu berhujan atau berpanas. Dok jer dalam office men-design-kan bangunan orang. Respect pada kawan-kawan yang bekerja di tapak. Mereka terpaksa melalui fasa dahaga yang teramat sangat dek panas yang melampau sejak akhir-akhir ini. Kalau mintak doa hujan sepanjang bulan, kang construction tak ikut period yang ditetapkan, diaorang jugak kena denda. Ingat client atau developer ni boleh terima ke alasan puasa atau hujan ni? Mana yang zalim dan nak cepat tu, peduli apa dengan alasan-alasan tu.


Ok, sebenarnya bukan nak cerita pasal bulan ramadhan. Dah lama jugak tak buat entry baru. Yerlah, blog ikut suka hati memang macam tu. Buat entry baru ni pun kerana ada sorang hamba Allah tanya pasal supplement kulit. No, aku bukan pakar kulit. Aku buat ni pun berdasarkan pengalaman aku kerana dulu muka aku berjerawat teruk. Sangat teruk sampai muka ni nampak hitam sangat. Masa tu aku sekolah menengah. Ada orang cakap, time sekolah menengah ni biasalah hormon tengah naik. Maka dengan itu, jerawat ni tumbuh dengan jayanya.


Baru-baru ini aku ada post status kat fb aku pasal glutathione. Ada yang pm aku dan tanya aku pasal hal ini. Masalahnya si dia ni ada masalah jerawat. Kalau ada masalah, aku tak suggestkan untuk ambil supplement yang aku cadangkan ni, tapi elok lah terlebih dahulu consult dengan doktor. Dalam entry ni aku cuma nak terangkan bagaimana jerawat aku yang teruk hingga tinggalkan parut ni boleh hilang dan apa langkah seterusnya aku nak pulihkan kulit aku mengikut budget aku yang tak berapa nak mampu ni.


Bagi sesiapa yang mampu, tak payah fikir panjang. Pergi je ke beauty salon yang menawarkan pakej-pakej untuk menghilangkan jerawat dengan berkesan. Just bayar jer, tak perlu pening-pening nak ikut cara aku ni. Tetapi, bagi yang kurang berkemampuan tapi nak kulit bersih, kenalah ikut step by step. Tiada benda yang cepat dan senang untuk cantik. Kena sabar dan disiplin sikit.


1. Menghilangkan jerawat




Mula-mula dulu aku pakai susu kambing brand Belina untuk hilangkan jerawat aku. Belina ni memang susah lah nak dapat. Aku dan famili terpaksa ke KL sebab hanya kat KL jer headquarters Belina ni. Sebelum beli produk, kena lah dapatkan nasihat pakar dulu. Waktu kat HQ Belina, pakar kulit kat situ check kan condition kulit aku dan siap scan kulit aku untuk tunjuk kat aku betapa teruknya kulit aku time tu. Punyalah banyak bintik-bintik hitam yang aku tak perasan selama ini disebabkan jerawat aku yang banyak dan kulit muka yang hitam. Lagipun dulu, zaman budak-budak lagi mana lah pandai nak pakai sun block ke apa ke. Bila pergi bersukan, just pergi dengan bare face without any protection. Mana lah muka tak berminyak dan hitam.


Produk ni memang bagus sangat. Aku hanya beli dua kali jer sabun dan juga set lain dan terus jerawat aku hilang serta merta. Cuma tinggal kesan parut jerawat dan bintik-bintik hitam. Pakar Belina nasihatkan aku bila jerawat hilang, kena consult dengan diaorang untuk pakai sabun hilangkan kesan jerawat dan bintik hitam pulak. Tapi disebabkan produk ni susah giler nak dapat stok, aku tak ikut pun suggestion itu. Dan kulit aku masih belum terawat sepenuhnya.


2. Membersihkan bintik hitam




Untuk pengetahuan semua, aku dah cuba pelbagai produk untuk hilangkan bintik hitam ni. Tapi semuanya tak beri kesan yang kekal. Kebanyakan produk ni bersifat sementara. Sehinggalah aku diperkenalkan oleh ibu satu produk yang dah lama di pasaran dan sangat bagus sebab dulu time muda-muda ibu ada pakai. Neutrogena. Yezza. Rangkaian Skin Care Neutrogena memang sangat bagus dan sangat menjaga kulit kita. Aku pakai Blackhead Eliminating Daily Scrub with Salicylic Acid hampir setiap hari. Apa-apa produk pun kalau bahan nya terdiri daripada Salicylic Acid, ia memang bagus untuk hilangkan bintik hitam sekaligus mengecilkan liang roma. Jangan risau, walaupun ia scrub, tetapi boleh digunakan setiap hari dan takkan buat kulit kita kering. Ada dijual kat semua supermarket, Watson, Guardian. Cuma RM 19.90 kalau tak silap aku.


3. Mengecilkan liang roma


Semua brand bagus bagi aku. Walaupun aku pakai Neutrogena, aku ni mudah bosan kalau pakai satu-satu produk untuk tempoh yang lama. Aku sentiasa nak cuba produk baru. Lepas jerawat hilang dan bintik hitam kurang, liang roma aku pula bagi masalah. Perlu diingat, liang roma di muka ni tak mungkin kita nak tutup terus sebab Allah ciptakan kulit muka kita boleh bernafas. So, jangan ler tension bila muka kita tak selicin minah-minah korea yang liang romanya halus sangat. Apa yang boleh kita buat, reduce (kurangkan) pembesaran liang roma ni. Sebab liang roma yang besar boleh memerangkap kotoran seterusnya menimbulkan bintik hitam pula. Aku pakai produk Blive by Cellnique Skin Care.


Seriously, this product is the best! Aku tak jumpa gambar Blive Reduce Pores kat google tapi aku letak gambar adik-beradik dia yang lain. Aku nyer Blive dah habis, botol pun dah buang, so tak dapat nak tunjuk. Tapi lebih kurang jer macam dalam gambar di atas. Memang ler mahal tapi sekali pakai jer aku punya pores makin mengecil. Aku suka produk yang sekali pakai jer terus hilang. Time aku beli harga dia RM 169.00. Maybe sempenan ramadhan ada offer, aku pun tak sure. Kalau nak beli, pergi jer store SaSa kat Jaya Jusco.


4. Pencerah kulit


Dulu aku memang obses nak putih. Sampai tak sedar kondisi kulit kita. Terlebih dulu, kita kena faham, Allah jadikan kita ni pelbagai warna. Cintailah warna kita dan bukannya merosakkan kulit kita dengan produk yang entah apa-apa, pastu kulit terhakis, penyakit pun dapat. Sebelum nak pakai produk pencerah kulit ni, bagi yang kulit bermasalah, selesaikan dulu semua masalah di atas. Lepas kulit kita sihat dan bersih dari bintik hitam dan jerawat, barulah cari produk pencerah kulit. Tapi, bare in my mind, hasil nya mengikut jenis kulit individu. Janganlah harap nak putih melepak macam Siti Nurhaliza kalau sejak lahir memang warna kulit macam Jessica Alba atau pun gelap macam Nikki Minaj tu. Hargai kulit sendiri tau, tak perlu ikut orang lain.






Aku suggestkan produk Neutrogena jugak. Actually aku belum start pakai lagi sebab nak habiskan pakai produk Khazanah. Tak tau lah result nyer bagaimana. Tapi dari reviews yang aku baca, ramai suggest produk ini. Produk pencerah kulit bukannya bermaksud untuk jadi putih jer tapi untuk balancekan tona kulit juga. Aku memang ada masalah tona kulit so akan pertimbangkan untuk beli produk ini.


5. Supplement


Selepas aku rasa kulit aku makin pulih, barulah aku maintain dengan ambil supplement. Unutk kulit yang sihat, kita kena banyak makan buah dan sayur. Tapi, orang malas dan selalu lupa macam aku ni memang tak dapat lah beri makanan tambahan pada kulit selalu. So, aku ambil supplement produk VitaHealth yang mengandungi vitamin buah-buahan, collagen dan juga Glutathione. Haa, glutathione ni lah rahsia kulit artis kita cantik dan putih melepak. Aku tahu pasal gluta ni pun daripada Miss Fazura. Kalau siapa follow twitter dia, dia ader mention pakai bahan ni. Gluta ni terdapat dalam pelbagai bahan di pasaran, ada dalam bentuk pil, bentuk cecair dan ada juga secara suntikan. Kalau nak cepat kesannya, pergilah beauty salon yang diiktiraf untuk dapatkan suntikan. Sebabnya, kalau nak berkesan, sehari kita kena ambil gluta 1000mg bersama-sama vitamin C.







Aku pernah search kat internet pasal Gluta ni. Memang banyak ada di pasaran Cuma pasaran kat Malaysia jer tak banyak. Ada tu murah gila, 1 botol cuma RM35.00 untuk I biji = 1000mg Gluta. Memang murah tapi mesti tiruan. Gluta adalah satu bahan yang agak mahal dalam pasaran. Berhati-hatilah ketika memilih produk yang ada gluta ni. Since aku ni penakut dan tak nak ambil risiko, aku pilih supplement yang ada kandungan Gluta cuma 100mg per tablet. VitaHealth ada produk ini. Ia supplement ringan yang mempunyai kandungan vitamin yang sedikit. So, kesan tu agak makan masa lah. Untuk dua botol VitaHealth berharga RM 98.00 (harga promosi). Sekarang, mungkin mahal lagi. Untuk 1 botol ada 35 biji jer huhuhuhu sangat ler mahal sebab 1 hari kena consume 2 biji.



Kalau nak makan supplement yang ada Gluta, digalakkan untuk ambil juga vitamin C. Kenapa kena ambil vitamin C? Sebab dengan vitamin C, bahan gluta ini akan mudah menyerap ke sel darah kulit kita daripada terhadam terus ke usus. Aku ambil vitamin C 1000mg Blackmores untuk consume setiap hari. Kalau ambil vitamin C 1000mg ni, perlu ambil sehari sekali jer tau. Sebab tubuh kita perlukan vitamin C kira-kira 1000mg sehari jer dan tak boleh lebih. Kalau beli vitamin yang kurang 1000mg contohnya 500mg atau 100mg, sehari boleh consume lebih dari 1 tablets. Faham tak?





Perhatikan perubahan kulit muka aku dari kiri ke kanan. Banyak beza kan? Chop!! Jangan tengok perubahan saiz pipi dan badan...huhuhuhuh... yer, aku tau aku gemok!

Sekarang, alhamdulillah... Kulit aku walaupun tak cerah mana pun dah sihat. Cuma badan yang makin sihat ni macam mana plak? Ada tips? kikikiki... Hope this entry will help. 

28 comments:

  1. nak tanya lah.. bliv untuk kecilkan liang roma tu you pakai yang mane satu? ke you pakai semua set tu? mahal jugak.. i pon ade masalah blackhead dan large pores.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai 1 botol jer yg khas utk reduce pores. I pkai 1 botol jer tapi berkesan. Lps tu i stop dan amek collagen sbb takut plak rosak muka.

      Delete
    2. i pakai bliv off with those heads.best gileeee baru 2-3 hari pakai whitehead dah takde.sejak whitehead i dah hilang i perasan kulit i senang cuci dan susah nak menjadi whitehead.yelah..kalo dulu cuci mekap tak bersih mesti berketul2 whitehead tumbuh.skrg payah whitehead nk melekat.alhamdulillah..

      Delete
    3. Bliv tu u pakai ape?serum or cleanser?

      Delete
  2. sekarang awak still pakai belinna ke? niena ingin sangat nak cuba. tapi takut tak sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lps jerawat hilang, mmg sy tak pkai dah belina. Mmg amek masa setahun nak hilang,tapi berbaloi sbb jerawat sy kering trus.

      Delete
    2. Salam perkenalan dear kalau nak tau cara selamat untuk serikan kulit wajah dari dalam secara semula jadi boleh visit blog akak ye. Thank u dear:)

      Delete
  3. Susah la nak cari gluta vitahealth kat sini...(Kuantan)sofi awk dekat mana?kl ke?leh kim belikan tak,sy bank inkan duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang susah nak cari...saya dapat beli kat watson atau guardian. try cari kat situ.

      Delete
    2. Saya telah membeli lombong VitaHealth L-Glutathione Plus di sini.

      Delete
  4. Hey dear. Berminat tak nak cuba product nama solares beauty. I sendiri dah guna selama 3 tahun. Product ni made in malaysia dan disesuaikan dgn kulit orang malaysia. Mendapat kelulusan dari kkm jadi gunakan tanpa was was. Bekas jerawat mmg cepat hilang tapi tanpa pengelupasan. Email shiroku171087@gmail.com jika berminat

    ReplyDelete
  5. Hye dear frends...utk dlmn produk aurawhite glutacollagen utk kulit lbh flawless, putih dan bersih. Luaran produk akar emas utk kulit resdung, sensitif, jerawat dan parut jerawat. Silala baca blog dulu sblm buat kputusan www.ideaurabeauty.blogspot.com/ page fb: ide aura beauty& health shop

    ReplyDelete
  6. siapa nak cari produk glutathione cuba pi kat http://meknana.blogspot.com/2013/03/gluta-activite-kulit-putih-gebus-halus.html

    ReplyDelete
  7. Salam, berapa lama awak ambil pill glutathione baru nampak effects?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam 1 botol..penggunaan berterusan digalakkan :)

      Delete
  8. Berapa lama ambil pill glutathione untuk nampak kesan?

    ReplyDelete
  9. Saya telah membeli dari laman web ini
    http://www.eggtag.com/vitahealth-l-glutathione-plus-twin-pack-30s-x-2.html

    ReplyDelete
  10. Hi..kalau berminat untuk mencuba product shaklee, boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut..
    burhanfauzi@yahoo.co.uk
    012-9889 028
    Sy akan cuba untuk memberikan servis yg terbaik.

    ReplyDelete
  11. salam,

    sy nak tye..kalau dh putih gebu bole stop ke?? nt kot2 jg x gebu balik hihihi.... skrg kat watson midvalley tgh sale gluta 2...nak try tp isau kot2 bila stop jd da xgebu..kene berterusan ke amik vitamin tue?

    ReplyDelete
  12. umm .. utk muke berjerwat yg sensitif nie cmnie ? produk berkimia aina xleh gune , gile lpas shari pkai , naik trus jerwat , sblum pkai tu , da ade skit2 , tgah usaha nk ilangkn , but bertmbah lak .. sedeyy :( da lame muke x smbuh2 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan dear aina kalau nak tau cara selamat untuk serikan kulit wajah dari dalam secara semula jadi boleh visit blog akak ye. Kalau gunakan pencuci luaran maybe x dpt solve mslh adik. Mungkin dr segi dalaman. Bileh pm akak ye. Thank u dear:)

      Delete
  13. umm .. utk muke berjerwat yg sensitif nie cmnie ? produk berkimia aina xleh gune , gile lpas shari pkai , naik trus jerwat , sblum pkai tu , da ade skit2 , tgah usaha nk ilangkn , but bertmbah lak .. sedeyy :( da lame muke x smbuh2 .

    ReplyDelete
  14. utk muke berjerawat yg sensitif nie cmnie lak ? sabun belina tu ok x lau sye try ? muke byk gunung da nie after use bahan yg berkimia sikit pun , da lme derita 'gunung', nk cri yg organik , ssah . da consume ngan dktor , but dktor just bgi antibiotik n ubt sapu , but still not working :(

    ReplyDelete
  15. Sis nk tanya prdk bliv whitehead tu nk bli kt mne?tq

    ReplyDelete
  16. Hi sia nk tanya prdk bliv tu nk bli kt mne?

    ReplyDelete
  17. Hi sis prdk bliv tu nk bli kt mne

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jual kat SASA...try check..farmasi pun ada

      Delete