Encik Nuffnang

December 22, 2011

Magis Manis Coklat

Coklat!...Yummy...Lama tak layan coklat Dove. Ok, aku bukan nak citer pasal coklat, cuma lama tak update pasal komik. Aku ada beberapa koleksi komik untuk isi masa lapang. Selama ni banyak jugak kumpul komik berunsur cinta. Then, aku mula bosan. So, berhenti jap layan komik macam tu. Now, aku mula kumpul komik versi serrrrammmm plak. Ala, takderlah seram mana pun. Tapi worth it la kalau dah bosan baca komik cinta. Aku malas nak scan dan paparkan *ayat buku* adegan-adegan menarik dalam komik ni sebab aku baru beli pc. So, banyak software yang aku belum install lagi. Yang ada dalam pc aku ni pun Revit Structure dan AutoCad, dan itu pun sebab kerja aku terpaksa la install. So, layan gambar yang aku snap jer lah ek.

Profil penulis komik: Mizuho Rino

  • Dilahirkan pada 1 Disember di Osaka.
  • Karya debut beliau "CHOCO TO AKAI JITENSHA"
  • Ini komik kedua beliau selepas Magis Manis Coklat yang pertama (aku tak dapat buat review pasal komik pertama sebab ada orang pinjam komik aku dan tak pulangkan lagi.
Tengok cover jer macam comel & cute gitu kan? <3 Tapi jangan terpengaruh dengan cover comel itu sebab komik ini mengisahkan seorang gadis comel bernama Aikawa Shokora yang mempunyai satu kedai menjual pelbagai jenis coklat di kedai bernama Chocolat Noir. Kedai tu sangat misteri sebab terletak di dalam hutan dan hanya mereka tertentu sahaja yang boleh bau kemanisan coklat yang dimasak di Chocolat Noir hingga boleh membawa mereka ke kedai tersebut. Diceritakan mereka yang didorong untuk ke kedai tersebut adalah mereka yang mempunyai hasrat untuk ditunaikan. So, Aikawa Shokora ni boleh menunaikan hasrat sesiapa saja tetapi dengan syarat! Coklat yang dihasilkan Aikawa sangat mahal dan bermutu tinggi dan tidak boleh dibayar dengan wang sahaja. Apa saja yang diminta semula oleh Aikawa selepas menunaikan hajat yang dipinta, akan jadi milik Aikawa.

So, korang rasa Aikawa mintak apa? Rumah? Beg Gucci?Hihihihi....No way. Kalau dia mintak nyawa, kau mesti serahkan. Jika minta keremajaan, kau mesti serahkan! Dan macam-macam lah bayaran yang diminta oleh AIkawa si Pemilik Chocolat Noir ni.


Comel jer sketch dia kan? Macam coklat betol!


Hi...saya Aikawa Showa (ceh! ko ingat dia akan tego dengan nada ceria mcm tu? Ini komik seram. Sila baca dengan dialog yg menyeramkan!)

Kucing itam tu sebenarnya bukan kucing!


Konon macam seram lah kan! Tapi seram lah jugak. 'Awak mati dalam keadaan penuh kesunyian, kan?????'

Ada banyak lagi part-part seram komik ni. Tapi aku malas nak upload imej tu *malas*. Agak sedih gak lah sebab buku yang kedua ni tak berapa nak real sangat adegan kena hukuman untuk manusia. Masa buku pertama, giler geli seh bila ada part buli pelajar yang macam real. So far, komik yang kedua ni boleh lah hilangkan rasa bosan. Ok la, lepas ni aku review komik favourite aku oleh pelukis komik favourite aku, komik Lawak Kampus by Keith! Chow, Wassalam....

1 comment:

  1. Mizuho !!!!!! Memang terhebat saya suka sangat walaupun sya duduk di Malaysia saya harap awak dapat buat jilid ke-5 pulak:)♥♡

    ReplyDelete